STORY ABOUT MY LIFE


Nama saya Salim Bin Arapuddin, di lahirkan di Tawau Sabah pada 5/9/1989. Saya mempunyai 8 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ke 4. Saya dilahirkan dalam kehidupan keluarga yang mempunyai kehidupan sederhana. 

Ibu bapa saya bekerja sebagai peneroka dan penerokawati felda umas-umas taawau sabah. Ketika saya berumur 7 tahun saya telah melanjutkan pelajaran di sk umas-umas sehinggah la ke peringkat menengah iaitu tingkatan 5 di SMK Umas- Umas Tawau Sabah. Setelah tamatnya tingakatan lima, saya telah meneruskan persekolahan saya ke tingakatan enam ataupun stpm di sekolah yang berlainan iaitu SMK Merotai Besar. Setelah itu, saya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di mana saya telah mengambilnya di Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber Manusia pada tahun 2009. Saya menamatkan pelajaran saya di peringkat diploma pada tahun 2013. 

Setelah tamat pengajian dan sementara menunggu peluang kerjaya, saya telah membantu ayah saya untuk mengerjakan kebun atau ladang sawit beliau di Sabah. Pada tahun 2015, saya telah mendapat panggilan untuk mengisi kekosongan jawatan polis konstabel di seluruh Malaysia dan menjalankan latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Sarawak selama 6 bulan. Setelah tamatnya latihan kepolisan ini, saya telah ditugaskan di Melaka dimana ianya merupakan tempat saya melanjutkan pelajaran semasa di peringkat diploma dahulu. 

Dalam penugasan saya sebagai anggota polis di Melaka ini, bidang kuasa saya adalah tertumpu kepada eskot dan pengiring di daerah Melaka tengah. Dalam saya menjalankan tugas sebagai anggota polis ini, saya telah mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia(UUM) dan sehingga sekarang ini saya berda dalam tahun pertama semester dua. Dengan izin Allah S.W.T saya berazam akan meneruskan dan berusaha untuk menamatkan pengajian ini walaupun pelbagai halangan yang mendatang. Sekian....

Comments

Popular posts from this blog

MY FAVOURITE ARTIST & SONG