KUIH RAYA 2017

Resepi Biskut Raya Terkini 2017 Paling Sedap dan Mudah


Resepi Biskut Cheese
resepi biskut raya
Bahan-bahan
  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi – sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju – utk hiasan
Cara Membuat Biskut Cheese
  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 kering.
  4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
  5. Bakar 160C 15 -20 minit
Resepi Biskut Nestum
Resepi Biskut Nestum
Bahan-bahan
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis (ganti ngan choc chip pun bole)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat Biskut Nestum
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila… kacau sebati.
  3. Masukkan semua tepung dan nestum… masukkan kismis… uli hingga sebati.
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang… bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165’c (ikut oven).
Resepi Biskut Sarang Semut
Resepi Biskut Sarang Semut
Bahan-bahan
  • 1 cawan marjerin
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ tepung gandum – di ayak
  • 1 ½ tepung kastad – di ayak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan
  • coklat rice coklat
  • paper-cup kecil
Cara Membuat Biskut Sarang Semut
  1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
  4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.
  5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau sampai masak.
Resepi Biskut Popia Nestum
Resepi Biskut Popia Nestum
Bahan-bahan
  • 1 bungkus popia
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula – kisar halus
  • 1 cawan nestum – kisar halus
  • Lidi satay
  • Telur
  • Minyak masak
Cara membuat biskut popia nestum
  1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
  2. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
  3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Apabila sudah sejuk, tabur,horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Tart Nenas Gulung
Resepi Tart Nenas Gulung
Bahan-bahan
  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • jem nenas secukupnya ~ digentel dengan bulat2 (kecik sedikit dari guli)
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)*
Kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak
Bahan hiasan
  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.
Cara membuat tart nenas gulung
  1. Ayak ke tiga-tiga tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar supaya doh ini mesra.
  7. Ketika membuat tart gulung ini buat la macam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  8. Buat hingga adunan habis dan bakar sehingga masak dgn suhu 175 – 180C.
  9. Bakar dalam anggaran 25 minit.
  10. Angkat dan sejukkan atas rack dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Almond Rocher
Resepi Almond Rocher
Bahan A
  • 100gm mentega
  • 40gm gula kastor
  • 1 sudu makan susu
  • pekat manis
  • 1/2 sudu makan pes mocca
Bahan B
  • 30gm cornflakes |dikisar halus
  • 10gm badam kisar
  • 10gm croquant
  • 40gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan tepung beras
  • 120gm tepung gandum
Bahan hiasan
  • 3 biji telur putih
  • Sedikit badam cincang
  • Coklat masakan putih
  • Coklat putih
Cara membuat almond rocher
  1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
  2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
  4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
  5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
  6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih di atasnya.
Resepi Cornflakes Madu
resepi cornflakes madu
Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan badam cincang panggang/ gajus
Bahan hiasan
  • mangkuk kertas kecil
  • ceri merah dan hijau dipotong kecil
Cara membuat cornflakes madu
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah/ hijau.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Resepi Semperit Cokelat
Resepi Semperit Cokelat
Bahan-bahan
  • 240 g mentega
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 120 g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 150 g tepung jagung
  • 80 g tepung kastard
  • 230 g tepung gandum
Bahan hiasan
  • cip coklat secukupnya
Cara membuat semperit cokelat
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  5. Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.
Resepi Semperit Susu
Resepi Semperit Susu
Bahan-bahan
  • 1 ketul butter
  • 1cwn susu pekat
  • 3 cwn stgah tepung jagung….kalau lembik tambah lag sampai x melekat pd tgn…
Cara membuat semperit susu
  1. Pukul butter dan susu sebati, tidak perlu kembang sangat.
  2. Masuk tepung sikit demi sedikit, bila tidak cukup tambah lagi.
  3. Kalau tepung tidak melekat kira cantik untuk ditekan, letak pewarna.
  4. Dah siap bakar dengan api atas bawah 170 C selama 20 minit.
Resepi Biskut Almond London
Resepi Biskut Almond London
Bahan-bahan
  • 250 g mentega
  • 125 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50 g serbuk badam (optional)
  • 200 g tepung jagung – ayak
  • 300 g tepung gandum – ayak
  • 1 sudu besar tepung beras – ayak
  • 1 sudu teh baking powder – ayak
  • 200 g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 g badam cincang untuk hiasan
  • +/- 700 g cokelat compound
Cara membuat biskut almond london
  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.
  6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
  7. Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.
Resepi Biskut Tart Bunga Teratai
Resepi Biskut Tart Bunga Teratai
Bahan-bahan
  • 325g mentega
  • 1 cwn icing sugar
  • 2 biji kuning telor
  • 4 sudu besar kastard
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 cwn susu tepung
  • 250gm tepung gandum – boleh di tambah jika adunan lembik
  • 1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem
  • Cawan kertas kecil
Cara membuat biskut tart bunga teratai
  1. Mula – mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
  2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
  3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
  4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
  5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
  6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit
Resepi Biskut Arab Susu
Resepi Biskut Arab Susu
Bahan-bahan
  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
  • Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)
Cara membuat biskut arab susu
  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!
Resepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut Snow Almond
Bahan A
  • 260gm mentega
  • 150gm gula kaster
  • 1 tsp esen vanila
  • 50gm serbuk badam
Bahan B
  • 300gm tepung red rose
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm susu tepung
  • 40gm tepung jagung
  • Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih
Cara membuat biskut snow almond
  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
  3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
  4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.
Resepi Jejari Oats
Resepi Jejari Oats
Bahan-bahan
  • 250g mentega
  • 4 0z gula kaster
  • 2 cawan oats-dikisar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Bahan hiasan (disatukan)
  • gula aising
  • tepung susu
Cara membuat jejari oats
  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.Masukkan oats.Gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Bentukkan seperti jejari atau ikut suka.Bakar pada suhu 170’C selama 10-15 minit.
  4. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.
Resepi Blueberry Cheese Tart
Resepi Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan untuk pastri
  • 125gm butter
  • 60gm gula aising
  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
Bahan-bahan cheese
  • 125gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 60gm gula halus
  • Blueberry jem secukupnya
Cara membuat pastri
  1. Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
  2. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk ‘crumbs’ kasar. Tambahkan esen vanila & air.
  3. Bentukkan doh menggunakan acuan tart. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.
Cara membuat cream cheese
  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese – cream cheese, butter & gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga rata.
  2. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi laisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  3. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan.
Resepi Biskut Badam Rangup
Resepi Biskut Badam Rangup
Bahan-bahan
  • 150 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)
Bahan hiasan
  • 1 kuning telur
  • Badam cincang secukupnya
Cara membuat biskut badam
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
    Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan.
  3. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan…)
  4. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 – 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara…
Resepi Cornflakes Badam Madu
Resepi Cornflakes Badam Madu
Bahan-bahan
  • Cornflakes 1 kotak
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau mixed fruit
  • hirisan badam
  • paper cup, secukupnya
Cara membuat cornflakes badam madu
  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih (tak ramas pun  tak apa).
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius (jangan sampai hangus sudah).
Resepi Biskut Batang Buruk
Resepi Biskut Batang Buruk
Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum
  • 250g tepung beras
  • 2 cawan santan @ 1 biji kelapa
  • 500g kacang hijau
  • 350g gula (kisar)
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuat biskut batang buruk
  1. Masak santan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan. Ketepikan.
  2. Kisar kacang hijau sehingga halus, kemudian campurkan dengan gula. Ketepikan.
  3. Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
  4. Canai nipis dan potong ikut saiz 3cm x2cm.
  5. Masukkan campuran gula serta kacang hijau kemudian gulung.
  6. Adunan sedia untuk digoreng.
Ini hanyalah sebahagian kecil daripada resepi biskut raya terkini 2017 paling sedap dan mudah. Sila share bila suka dengan salah satu resepi diatas dan semoga berjaya membuatnya

Comments

Popular posts from this blog

MY FAVOURITE ARTIST & SONG

STORY ABOUT MY LIFE